Sunday 16 May 2010

REPLICA JERSEY DAN TSHIRT ONLINE: World Cup 2010 & Bicycle Replica Jersey

REPLICA JERSEY DAN TSHIRT ONLINE: World Cup 2010 & Bicycle Replica Jersey

Thursday 2 July 2009

TD TURBO

Produk baja yang di pasarkan oleh pihak kami merupakan produk yang telah lama berada di pasaran negara thailand melebihi 30 tahun. Ia merupakan gabungan teknologi dari jerman dan thailand. Berasaskan bahan organic yang di kaji, di selidik dan dirumus khas mengikut keperluan spesifikasi tanah tropika bagi memenuhi ke hendak pengguna dengan perjimatan kos dan peningkatan hasil serta ketahanan pokok terhadap penyakit.

Penggunaan bahan asasnya, tidak mengandungi bahan kimia atau bahan yang boleh memudarat kepada manusia, haiwan dan alam sekitar amnya. Selain perjimatan kos, ia juga berfungsi untuk permulihan struktur tanah dari bahan kimia, membantu pembentukan sel-sel akar di samping sebagai makanan tambahan bagi tumbuh-tumbuhan atau tanaman.

Penggunaan produk baja ini boleh di gunakan kepada semua bentuk tanaman dan pokok sama ada berbunga, berbuah ,sayur-sayuran serta ia dapat menambah hasil pengeluaran seperti getah, kelapa sawit, padi dan sebagainya.



Baja Campuran TD Organik
Mineral dan zat nutrisi pokok - Ia terhasil dari Formula campuran organik 19

Zat Nutrisi utama - N (Nitrogen), P (Phosphorus), K (Potassium)

Zat Nutrisi tambahan - C (Carbon), Ca (Calcium), S (Sulfur), Fe (Iron), Mg (Magnesium), Na (Sodium), Mn (Manganese), Zn (Zinc), Cu (Copper) and B (Boron)


Sifat

  • Kimia semulajadi yang di ekstrak dari proses penapaian tumbuhan keluarga kekacang, mineral, silica, dap dan mop.
  • Menghasilkan nitrogen dan menambahkan zat nutrisi tanah hasil dari proses penghadaman bakteria di dalam tanah.Mengandungi sekurang-kurangnya 80% bahan organik ( memenuhi standard).
  • Meningkatkan kualiti tanah, mengurangkan kadar keasidan dan paras garam serta meningkatkan kadar mineral organik dalam tanah.Menjadikan zat tanah kekal lebih lama.
  • Mengandungi kombinasi mineral dan zat nutrisi yang seimbang untuk pokok dan tanah.
  • 100% bebas dari kimia berbahaya.
  • Mengandungi campuran mineral dengan formula 25-7-7,16-8-8, 18-4-5 dan 15-7-18,14-7-35 bagi formula no. 2.

Penggunaan

  • Boleh digunakan seperti biasa sebagaimana petani menggunakan baja .
  • Boleh digunakan untuk padi, sayur-sayuran dan pokok-pokok buah-buahan bermusim dan pokok-pokok bunga.
  • Boleh juga digunakan untuk tanaman komersil seperti tebu, kentang, getah, kelapa sawit dan tembakau.
Baja Organik dicampur dengan kimia semulajadi.

Tanah merupakan faktor terpenting dalam pertanian.
“Din Daam…Naam Chum (bermaksud- tanah gelap…dibanjiri air)”

Ungkapan Din Daam…Naam Chum menerangkan mengenai kekayaan sumber tanah dalam kontek pertanian. Ia menyatakan di mana ada tanah, di situ penanaman boleh dilakukan. Ini mungkin benar bagi Thailand 20 tahun yang lalu, tetapi tidak lagi sekarang. Ini akibat dari kecuaian, kekurangan ilmu dan penjagaan yang tidak sempurna ke atas alam semulajadi.

Sejak dari zaman dahulu, petani mendapat hasil dari penanaman mereka dan menukarnya menjadi makanan, pakaian, ubat-ubatan dan lain-lain. Proses menuai hasil dari tanah yang subur ini berlaku secara berterusan dari generasi ke generasi tanpa ada usaha untuk memulihara kandungan zat mineral tanah. Tambahan lagi sikap cuai dan kurang ilmu pengetahuan telah memburukkan lagi keadaan, contohnya anggapan yang mengatakan penggunaan baja kimia boleh menambahkan produktiviti tananam dan menyuburkan tanah, sebaliknya ini telah menyebabkan kerosakkan kepada tanah.

Pada masa sekarang, kita telah mempunyai cara untuk mengembalikan mineral yang berguna kepada tanah.Ini boleh dilakukan dengan menambahkan baja organik yang di campur dengan bahan kimia semulajadi kepada tanah. Campuran ini mempunyai keupayaan untuk menambahkan zat nutrisi kepada tanah dan juga membekalkan mineral yang di perlukan oleh tanaman.


PENCAPAIAN !!

Perhatikan tandan-tandan kelapa sawit dibawah.

Ubi kayu











Click to join anggurmalaysia



Click to join anggurmalaysia

Followers